Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya, akan diwariskan kepada manusia berketurunan Adam dengan seraya memerintahkan hambanya yang bersalah yakni Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu . Berfirmanlah Allah kepada mereka:
"Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai waktu yang telah ditentukan."
Dicampaklah pula mereka secara berasingan, Adam sendirian dan Hawa juga sendirian tanpa teman. Mereka terpisah di Bumi untuk beberapa ketika hingga Allah pertemukan mereka di sebuah bukit bernama Jabal Rahmah atau "Bukit Kasih Sayang".
![]() |
Disinilah dikatakan tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah lama terpisah |
Saban hari dan waktu, Adam dan Hawa tidak pernah serik untuk bertaubat dan memohon kempunan kepada Allah atas kesilapannya yang lalu dan Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan. Hal ini telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis ketika di Syurga sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya yang manis dan beracun itu.
Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga supaya tidak tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan bujukan Iblis yang terlaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar karena perbuatan mereka yang melanggar perintah Allah, hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka iaitu akhirnya menjadi khalifah bumi.
![]() |
Iblis dan sekutunya tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan umat manusia, semoga kita tidak terpedaya dengan segala perangkap mereka!!! |
Cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan itulah yang tidak akan berulang kembali. Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya yang akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeza-beza warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya yang akan memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
Di Syurga Adam tidak pernah merasa haus namun di Bumi ia mudah menjadi dahaga dan terpaksa mencari sumber air untuk menghilangkan dahaganya itu. Suatu ketika ia merasa lapar, maka terpaksalah mereka berburu atau mencari dedaunan atau buahan segar untuk mengenyangkan mereka. Pabila hujan mereka perlu mencari tempat berteduh dan bila tiba malam, mereka merasa lelah hingga Adam pun menjadikan gua sebagai teduhannya. Lalu mereka pun tidur disitu dan tinggal didalamnya. Ada sesetengah riwayat mengatakan Adam lah yang membina Masjid Al-Aqsa sebagai tempat beribadah dan bersujud kepada Allah. Kehidupan ini berterusan sehingga Adam dikurniakan keturunan dua pasangan kembar iaitu Habil dan Labuda serta Qabil dan Iqlimah.
![]() |
Di Bumi amat berbeza dengan syurga, Adam dan Hawa terpaksa berusaha keras demi meneruskan hidup.. |
Kelahiran mereka sememangnya rahmat bagi Adam dan Hawa kerana selama ini mereka hanya berduaan, kini mereka dikurniakan dua pasang anak kembar lelaki dan wanita yang akan mewarnai kehidupan mereka. Daripada bayi mereka menjadi kanak-kanak, dan menjadi remaja akhirnya menjadi dewasa. Qabil adalah pasangan kembar kepada Iqlimah, perwatakannya agak kasar dan seorang yang gagah perkasa. Dia boleh melakukan apa-apa sahaja pekerjaan yang diberikan namun orangnya sedikit panas baran dan tidak sabar serta terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara. Habil pula merupakan pasangan kembar Labuda, perawakannya amat penyabar dan kuat beribadah serta seorang yang mementingkan persaudaraan. Iqlimah pula merupakan seorang rupawan manakala tidak pula Labuda yang biasa-biasa sahaja rupanya.
Kisah Habil dan Qabil amat terkenal dengan kisah pembunuhan pertama dalam sejarah ketamadunan manusia. Namun, ada beberapa kisah diantara mereka yang boleh memberikan kita kesedaran tentang antara keimanan dan kekufuran.
Kisah Habil dan Qabil amat terkenal dengan kisah pembunuhan pertama dalam sejarah ketamadunan manusia. Namun, ada beberapa kisah diantara mereka yang boleh memberikan kita kesedaran tentang antara keimanan dan kekufuran.